Sunday, 18 August 2013

Musibah dan Penyakit Yang Perlukan Rawatan ( Kasih dan Sayang )


Selaku umat terbaik Nabi Muhammad SAW adalah dengan berpesan-pesan dalam mengingati Allah SWT. Sebar-sebarkan berita ini. Kita semua layak menjadi saksi di Akhirat kelak dan kita juga berhak tahu akan janjiNya selain dari memasuki syurga Allah SWT terlebih dahulu dari umat-umat yang sebelum. Allah telah berjanji bahawa diri, masa dan harta kita telah dibeliNya. Untuk ini pertanyaan sebagai peringatan buat kita selaku umat yang terbaik Nabi Muhammad SAW di akhir zaman yang penuh dengan fitnah yang nyata mahupun ghaib (bisik-bisikan). Pendapat dan pandangan saudara hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. Sesungguhnya setiap perkataan dan perbuatan yang baik akan dapat balasan dari Allah SWT. Mereka ini (berbisik) boleh manipulasi fikiran kita, jadi sebarkan berita ini untuk menyelamatkan saudara-saudara kita yang lain atau akan datang. Yang beri keselamatan hanyasanya Allah SWT kerana Allah SWT Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi lagi Maha Merancang.

Jadilah saksi Allah bahawa kita hari ini bermuzakarrah tentang penyakit yang berbisik-bisik (gangguan mental}. Dalam mahfum sebuah hadis qudsi, Allah SWT bertanya kepada kita, “Wahai hambaKu, semasa Aku sakit, tidak ada pun seorang dikalangan kamu datang ziarahKu.” Jawab kita; “SubhanaAllah..Bagaimana kami tahu yang Dikau sakit”. Firman Allah; “Sesungguhnya semasa kamu didunia, terdapat seorang hambaKu sakit, tiada kamu pergi ziarahnya”.  Orang sakit juga ada hak yang kita dituntut tunaikan sepertimana yang telah ditunjuk oleh Baginda SAW, kekasih Allah.  Apakah yang dimaksudkan disini, saudara-saudaraku?

Baca aktikel ini dan berdoalah agar Allah SWT ketemukan kita di akhirat untuk ketahui perkara yang sebenar, tidak kira latarbelakang saudaraku sebab janji Allah akan ketemukan seluruh makhlukNya tanpa mengira apa jua bangsa mahupun agama. Dalam hadis qudsi diatas, Allah SWT telah mengajar kita begitu penting untuk menunaikan hak sesama sendiri  dimana dalam sabdaan Baginda SAW telah berpesan kepada kita, “Hendaklah kamu mencintai saudara kamu sepertimana kamu mencintai diri kamu. Baru sempurna iman kamu”.  Walaupun diri ini dalam tekanan gangguan bisikan-bisikan, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT  kerana diberi peluang untuk menyampaikan perkara yang hak kepada anda. Sebarkan berita ini sebanyak mungkin sebagai tanda cinta saudara kepada Rasulullah SAW dan selaku saudara seagama, yakni Islam agama yang diredhaiNya. Sebarkan berita ini sebagai tanda mengagung-agungkan Allah SWT sepertimana yang telah diperintah oleh Allah SWT didalam AlQoran. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.

And We shall make easy for you (O Muhammad صلى الله عليه وسلم) the easy way (i.e. the doing of righteous deeds) Therefore remind (men) in case the reminder profits (them). – Al Ala 87:8-9


Setelah beberapa tahun kedengaran bisikan yang menyebabkan diri ini dibebani sebagai seorang manusia yang lemah lagi fakir, apatah lagi dari sudut ilmu. Bukan sekadar mental tapi fizikal juga. Setengah-tengah pendapat mengatakan ini adalah gangguan halus dari golongan jin.  Bermula dari apa yang diperintah oleh Allah SWT kepada kita selaku hambaNya yang dilantik sebagai khalifah dimukabumi ini  adalah untuk menyampaikan risalah (agama yang diredhaiNya iaitu ISLAM) kepada para hambaNya agar tahu apa yang diperintahkan dan laranganNya. Itu adalah tugas kita selaku hamba Nya dimana menasihati dan bersabar (surah Al Asr).  Dalam menasihati perkara yang hak dan bersabar dengan kerenah mereka (makhluk yang berbisik-bisik), telah berubah menjadi satu perkara yang melampaui batas. Allah SWT tidak suka dikalangan yang lemah ditindas oleh mereka yang ada kelebihan (berkuasa lagi melampaui).  Sesungguhnya Allah SWT tidak mungkiri janjiNya sepertimana mahfum FirmanNya; “Barangsiapa bantu agama Allah, pasti Allah bantu dia” . SubhanaAllah, Allah SWT Maha Berkuasa. Selaku hamba yang lemah lagi faqir, diberi kesempatan untuk mengagung-agungkan Allah SWT sebenar-benarnya. Sebab itu, diri ini ingin bertanya kepada saudara dan Allah SWT menjadi saksi antara diri ini dengan saudara bahawa Allah telah memperlihatkan kudratNya tentang kehidupan ciptaanNya di alam ghaib selain dari kita yang nyata ini. Kemungkinan mereka itu terdiri daripada golongan jin atau malaikat, hanyasanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.

Sepertimana kita telah ketahui bahawa balasan dari Allah SWT adalah amat besar (dunia & akhirat) dan kita tidak mengharap sebarang balasan selain daripada Allah SWT. Itulah yang telah berlaku pada diri ini dimana tidak mengharap sebarang balasan melainkan dari Allah SWT.  Cuba kita fahami ayat ini surah Mukminun 109-111 dimana Allah SWT telah dakwa bahawa ada dikalangan hambaNya berdoa memohon kepadaNya dan mereka mengejek-ejekannya.  Dan itulah yang telah saya sampaikan kepada makhluk yang berbisik-bisik ini.  Telah juga saya suruh agar makhluk yang berbisik itu, kembali kepada asal atau dari mana mereka berasal kerana diri ini tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam menyampaikan yang hak selain dari melihat betapa besarnya kurniaanNya, Ar Rahmannya Allah SWT tentang ciptaanNya di semesta alam mahupun alam  ghaib, jin dan  malaikat. Tidakkah saudara mahu jadi saksi atas apa yang telah jadi diri ini hingga Allah SWT memperlihatkan kudratNya terhadap mereka yang berbisik-bisik itu?

Ada dikalangan mereka yang berbisik ini (golongan jin), makanan mereka adalah asap rokok. Bukan asap pemujaan?  Adakah itu benar?  Bagaimanakah dengan seorang perokok? Mereka yang berbisik-bisik ini mengatakan seorang perokok tidak diterima doanya oleh Allah SWT. Adakah ini benar? Diri ini mohon jasa baik saudara agar kemukakan nas atau dalil berkenaannya.

Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sifatkan! (Al Anaam6:100)

Kita ini adalah manusia yang banyak kekurangan dan kelemahan, tambahan pula dengan tabiat buruk seperti merokok? Bukan seperti malaikat,betul ke? Bagaimana dengan saudara kita yang ketagih apatah lagi yang menagih dadah? Bukankah mereka itu tetap umat Nabi SAW dan ciptaan Allah? Tanggungjawab siapa? Perlu dibiarkan sahaja tanpa memberitahu perkara yang hak?

Katakanlah (wahai Muhammad); Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Bertanyalah (kepada mereka): Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?

Adakah satu kesalahan dengan bertanyakan bagaimana untuk merawat penyakit ini melalui internet? Bukankah ini adalah salah satu ciptaan dari Allah SWT telah mencipta dunia ini (bumi) sebagai perhiasanNya untuk menguji kita? Dalam memperlihatkan amalan siapakah lebih baik melalui perhiasan yang dijadikanNya di bumi ini?
Apakah gangguan bisikan yang hendak buktikan dalam perkara ini sehingga tidak ada kesanggupan pada diri kita selaku hamba Allah? Adakah rasa ketidakan puashati terhadap Allah SWT Yang Maha Pencipta Semesta Alam kepada hambaNya yang lemah lagi banyak kekurangan? Apakah pandangan saudara?

(Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

Dalam beribadat kepada Allah SWT telah diperintah agar berlaku ikhlas dan Allah SWT telah berjanji tidak akan menguji hambaNya sekadar dalam kesanggupan (And We do not lay on any soul a burden except to the extent of its ability, and with Us is a book which speaks the truth, and they shall not be dealt with unjustly.-surah Al Mukminoon:62- Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.).  

Adakah salah diri ini selaku hambaNya yang lemah lagi faqir mengadu dan berdoa kepada Allah SWT bahawa tidak ada kesanggupan untuk menahan tekanan bisikan-bisikan yang tidak ada berlandaskan AlQoran dan hadis? Akibat dari tekanan ini, diri ini telah menghantuk kepala sambil sujud kepada Allah SWT dengan niat mengaku bahawa diri ini  lemah lagi tiada daya upaya. Semasa kepala hampir terhantuk ke lantai, bagaikan ada satu kuasa yang menambahkan tekanan hentakan. Allah SWT telah berjanji tidak akan menzalimi hambaNya sebab Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Jika tidak Allah SWT tidak perintah Nabi Musa a.s berjumpa dengan firaun laknatullah yang berlaku zalim pada bani Israil. Itu menunjukkan Allah SWT tidak suka hambaNya berlaku zalim dengan kuasa atau ilmu yang diberiNya. Ini adalah kerana Allah SWT tidak suka dengan anugerahNya disalahgunakan apatah lagi berlaku zalim terhadap hamba-hambaNya yang lemah. Renung dan fikirkan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana - Apakah maksudnya? Tambahan pula Dia Maha Merancang dimana tidak ada satu ciptaanNya yang tahu perancanganNya.

Mohon simpati dari Allah SWT Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Diri ini tidak pernah memohon dari sesiapa selain dari Allah SWT sebab Allah SWT mempunyai sifat malu terhadap hambaNya jika tidak menunaikan permintaan hambaNya. Mesti ada perkara yang Dia hendak sampaikan kepada penduduk semesta alam. Ini untuk tontonan saudara jika bersimpati, berdoalah kepada Allah SWT kerana doa saudara kepada saudara yang lain tanpa pengetahuan sesiapa maka para malakat akan berdoa kepada kamu. Apatah lagi disisi Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani (Renung dan fikirkan). Takut-takut bisikan itu adalah dajjal yang menimbulkan fitnah agar kita bersyirik kepada Allah SWT? Sebab itu kelihatan bengkak di dahi itu yang menunjukkan diri ini tidak mampu dengan tekanan bisikan tersebut. Perangai siapakah yang cuba menakut-nakut anak cucu Nabi Adam a.s? 
(O Children of Adam! Let not Shaitan (Satan) deceive you, as he got your parents [Adam and Hawwa' (Eve)] out of Paradise, stripping them of their raiments, to show them their private parts. Verily, he and Qabiluhu (his soldiers from the jinn or his tribe) see you from where you cannot see them. Verily, We made the Shayatin (devils) Auliya' (protectors and helpers) for those who believe not.-surah Al Araf:27- Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.)

Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita bahawa syaitan laknatullah telah berputus asa dalam perkara yang besar tetapi berhati-hati dalam syirik kecil atau yang tidak nampak. Pesan Baginda SAW dalam khutbah terakhir ialah berpegang teguh pada AlQoran dan sunnah Baginda SAW, pasti tidak akan sesat. Dalam mahfum firman Allah SWT yang bermaksud, maka adakah yang kafir mengambil dikalangan hamba-hambaNya sebagai penolong selain dari Allah ( AlKahfi:102). Bermakna Allah tidak perintahkan kita menduakan (syirik) dalam mengabdikan diri kita kepadaNya.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu dan supaya disetujui oleh mereka dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu. (Al Anaam6:112-113)
Adakah golongan ini yang Allah SWT telah tontonkan buat diri ini yang lemah lagi faqir? Sebar-sebarkanlah dalam mengagung-agungkan Allah SWT.

Bukankah ini satu penyakit atau keuzuran?
Adakah seorang hambaNya itu uzur, dipaksa untuk melakukan ibadat untuk pulih? Allah SWT perintahkan kita berlaku ikhlas dalam beribadat kepadaNya. Sepertimana selaku manusia perlu rehat & tidur? Makan dan minum pun satu ibadat. Rasulullah SAW pun telah berpesan kepada para sahabat r.a yang ingin beribadat sepanjang masa sehingga ada yang sanggup mengebiri diri mereka, berzikir sahaja dan berpuasa sahaja sepanjang masa dimana telah di tegur oleh Baginda SAW. Baginda SAW beribadat juga tetapi masa makan minum, kenalah makan minum, hak keluarga pun kena buat dan si isteri pun ada hak ke atas diri kita. Jika tidak berbuat sedemikan, kita ini bukan dari golongan Baginda SAW. Allah SWT telah berfirman dalam hadis kudsi bahawa Allah SWT tidak pandang pun amalan seorang hambaNya yang dikagumi oleh para malaikat disebabkan tidak ada keikhlasan. Sila beri pendapat.

Fitrah manusia perlu makan dan tidur sepertimana Allah SWT ciptakan siang dan malam. Jika ia berlaku dengan tidak dapat tidur pada malam hari disebabkan gangguan tersebut, bagaimana keesokan hari (siang) selaku manusia biasa? (ayat ciptaan malam & siang agar rehat & siang hari berusaha?)

Berikut adalah pertanyaan yang kerap berbisik:

1-Sampai bila?

Pada hakikat dalam AlQoran termaktub yang mahfumnya; Katakanlah (wahai Muhammad) tunggu lah bersama hingga Allah beri keputusan. Maksud disini kita jangan pertikaikan masa bila Allah akan bantu atau mengazab kerana dalam FirmanNya ditempat lain, “ Jangan sangka Allah tidak bantu Muhammad di dunia mahupun di akhirat.”

2-Apa yang kamu mahu? ( seolah-olah dia (bisikan itu) mengaku sebagai tuhan yang boleh bantu- syirik).

Jika dia (bisikan itu) benar berkuasa seperti Firaun laknatullah, Allah telah perintah dia tersebut buat ayatNya seperti mana termaktub dalam AlQoran ( ayat? Bantu diri ini dimanakah ayat Allah perintahkan kepada mereka yang hebat itu untuk ciptakan ayatNya atau seakan-akan serupa dengan ayatNya ). Mahfum firman Allah SWT (surah Fatir 35:40) Allah telah mencabar mereka dengan buktikan/tunjukkan kehebatan kamu yang kamu ada. Begitu hina sekali jika Allah SWT menghina sesiapa pun yang dikehendaki.

Dalam surah AlMukminun yang mahfumnya; Adakah kamu minta balasan dari apa yang kamu telah sampaikan? (Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.-surah Al Mukminoon:72- Or dost thou ask of them (O Muhammad) any tribute? But the bounty of thy Lord is better, for He is Best of all who make provision.)

3-disuruh tambah amal tapi ada sesuatu yg mnyekat..agar amalan itu tiada dalam ingatan. diri ini boleh rasa sangat. Siapakah gerangan yang boleh buat sedemikian - adakah sepertimana firaun laknatullah dan sekutu iblis laknatullah yang diberi kuasa?
 ( Apa dan bagaimana yang telah terjadi kepada Nabi Ayub as dimana akhirnya Allah SWT sembuhkan juga penyakitnya )

Dari petunjuk dari Allah SWT, diri ini telah dipertonton berapa makhluk ciptaan Allah di alam ghaib. Adalah satu kerugian jika tidak melihat atau tidak mahu siapakah gerangan ciptaanNya itu di Akhirat kelak. Diantaranya ciptaanNya yang agak pelik tetapi benar ialah terdapat satu papan permainan dimana terdapat susunan beberapa makhlukNya yang cukup unik dan kelihatan sempurna ciptaanNya. Dia/Mereka mengaku sebagai Allah SWT melalui papan permaianan ini cara mentadbir semesta alam. Hakikat tiada siapa pun tahu cara Allah SWT mentadbir walaupun malaikatNya. Maha Suci Allah. Sebarkanlah blog atau tag dimana-mana online agar kita semua dapat melihat keagungan Allah SWT si Akhirat kelak. Itu adalah janji Allah dimana setiap amalan akan diperlihatkan, Ya Hakim Ya Adil. Bersaksi akan Dikau, Ya Allah bahawa hamba telah sampaikan risalahMu dan demi Zat Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa telah Dikau perlihatkan hambaMu ini tentang kehidupan makhlukMu di satu lagi alam yakni ciptaanMu alam ghaib (jin atau malaikat – hanya Dikau sahaja yang tahu ciptaanMu) semasa hambaMu ini masih hidup lagi. Maka apabila hambaMu sakit, hanya Dikaulah penyembuh segala penyakit (termaktub didalam AlQoran). Jangan bebani kami dengan apa yang kami tidak ada daya untuk memikulkannya seperti umat-umat sebelum ini. Dikau jua telah berjanji tidak akan berlaku zalim terhadap hambaMu melainkan Dikau jualah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

4- Ketika bersama isteri, boleh dia (mereka yang berbisik ini) memperlekehkan/mempermainkan kita dalam menunaikan hak seorang isteri kita dengan alat kelamin kita. Dalam itu diri ini beristigfar kepada Allah SWT Yang Maha Mengasihi lagi Maha Belas Kasihan. Jadi fitrah manusia, diri ini telah menonton filem porno dalam untuk menunaikan hak seorang isteri. Adakah mereka yang berbisik ini tidak tahu malu ke atau berkeluarga/beristeri? Hakikat Allah SWT telah tontonkan kehidupan mereka yang berbisik (alam ghaib-jin@malaikat). Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui. Apakah pendapat saudara?  

5- Mereka kata Allah SWT perlukan telinga kita untuk Dia mendengar dan perlukan mata kita untuk Dia melihat hingga mereka ini boleh mencetuskan perasaan marah didalam hati kita dimana diri ini boleh terasa sangat perasaan itu. Macam ahli sihir firaun laknatullah terhadap Nabi Musa a.s. Hakikat Allah SWT Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Maha Suci Allah dari sifat berkurangan. Siapakah gerangan yang berkata sedemikian, begitu jelek lagi..(tidak tahu apa perkataan yang sesuai).


1 comment:

  1. وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَقُولُ أَأَنتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَـٰؤُلَاءِ أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ
    قَالُوا سُبْحَانَكَ مَا كَانَ يَنبَغِي لَنَا أَن نَّتَّخِذَ مِن دُونِكَ مِنْ أَوْلِيَاءَ وَلَـٰكِن مَّتَّعْتَهُمْ وَآبَاءَهُمْ حَتَّىٰ نَسُوا الذِّكْرَ وَكَانُوا قَوْمًا بُورًا
    And on the Day when He will gather them together and that which they worship besides Allah [idols, angels, pious men, saints] . He will say: "Was it you who misled these My slaves or did they (themselves) stray from the (Right) Path?" They will say: "Glorified be You! It was not for us to take any Auliya' (Protectors, Helpers) besides You, but You gave them and their fathers comfort till they forgot the warning, and became a lost people (doomed to total loss). Al Furqan 22:17-18

    Boot The Bounty of thy Lord is better, for He is the Best of all who make Provision..All Knowing..All Giver..AlMighty

    ReplyDelete